Tuesday 24 July 2012

Pembudayaan ICT Di Sekolah


Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu diperluaskan.

ICT merupakan akronim atau kata singkatan daripada perkataan Information dan Comunication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi komunikasi terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalurkan dan mengakses maklumat.Telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang bermaksud ‘sangat jauh’.Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah maklumat terebut.
ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.Berdasarkan kepada penjelasan oleh para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh aktiviti manusia.

Pembudayaan ICT di Sekolah

Tujuan pembudayaan ICT di sekolah adalah untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. Ianya merupakan suatu usaha untuk membudayakan pengintegrasian dan penggunaannya secara optima di kalangan warga sekolah.Dalam konteks pendidikan di sekolah, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.
Pelaksanaan ICT di SKPG(1) terletak di bawah penyeliaan Jawatankuasa ICT yang dinaungi oleh Guru Besar dan dikendalikan oleh seorang Guru Penyelaras. Jadual penggunaan makmal komputer disediakan bagi memastikan guru dan murid menggunakan komputer secara berkala. Selain dari makmal, bilik darjah juga dilengkapi dengan LCD, skrin, dan Laptop bagi memudahkan penggunaannya. Bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah juga disediakan komputer di samping peralatan yang berkaitan untuk kemudahan guru melaksanakan kerja-kerja mereka. Kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan sekolah semuanya dilakukan dengan beralatkan komputer dan juga internet. Budaya ini diharapkan akan menjadi amalan yang berterusan dan satu kemestian bagi setiap warga sekolah.


PERANCANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH

Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang menggerakkannya, segala-galanya akan menjadi sia-sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunkasi (ICT).Visi, Misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam apa –apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber.Sekolah perlu menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan.Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya.Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan lain – lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah ialah :

5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG

Cadangan Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun)
5.1.1. VISI
a. Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.
b. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan dengan pembangunan ICT semasa.
c. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakatdan negara.

5.1.2. MISI
a.Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman, pembelajaran.
b.Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
Dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam pembudayaan ICT di sekolah semua pihak hendaklah bekerja sama bagi memastikan hasrat ini tercapai, di antara pihak tersebut ialah:
1 .Peranan pihak Kementerian Pelajaran
1. Mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada guru.
2. Mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru .
3. Memberi insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik.
4. Mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P .
2 .Pihak Pentadbir Sekolah.
2.1.Peranan Guru Besar
1. Membentuk budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
2. Membuat dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah
2.2. Penyelaras ICT sekolah
1. Membuat pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti sekolah.
2. Menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak agar alat dan sarana ICT di sekolah dapat mendukung kerjaya guru atau pun kemudahan murid dalam kegiatan sekolah.
2.3. Sikap sebagai pendidik
1. Guru hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam P&P.
2. Berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan akan membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru.
3. Bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan.




1 comment: