Friday 27 July 2012

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN INSAN

Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan.
Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain pendidikan mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan adalah satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan negara.Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau Universiti adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Pendidikan yang bermula di peringkat asas sekolah rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan insan yang sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai pembangunan yang mapan.
Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui pendidikan seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat ini adalah selari dengan matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu; Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk perkembangan secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan akan membangun insan yang berketrampilan. Dalam usaha mencapai matlamat ini perkembangan unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara terasing atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan ini perlu berlaku serta bersepadu dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan yang dilakukan terhadap mana-mana satu unsur sahaja akan melahirkan individu yang tidak seimbang. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan adalah sselaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu elemen yang terkandung
dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berperanan bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan merupakan satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan dalam konteks pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. Usaha ini bagi membetuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada usia muda remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonism yang boleh membawa kepda aktiviti sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak danmejadi semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap dapat membendung gejala soosial daripada terus menular.
Oleh kerana pendidikan akan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani maka potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional, membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan secara kritis akan kesan-kesannya.
Matlamat Pendidikan ialah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
1. Percaya dan patuh kepada Tuhan
2. Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia
3. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
4. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
5 .Memupuk perpaduan
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :
1. Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya.
2. Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan
terhadap kemajuan dan pembangunan.
3. Melahirkan insan yang taat setia dan cinta kepada negara
4. Melahirkan insan yang memahami dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan.
Tujuan Pendidikan juga ialah untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan mengembangkan potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan kebangsaan.Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melaui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda jiwa dan rohani ke arah
mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Daripada perspektif yang berbeza bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun dan korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya yang sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka standing dengan negara-negara maju yang lain.Perkembangan pembangunan pendidikan di nagara ini dengan pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan insan kerana rakyat yang terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti. Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua elemen yang penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan itu ialah pendidikan dan latihan. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu sendiri.
Kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi, menjadikan sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan sama-sama membina negara maju. Modal insan ialah suatu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan dan peningkatan tamadun negara. Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
Teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan.
Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.
Pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang dikehendaki untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan modal insan yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana kemajuan negara dalam semua aspek. Pewujudan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang kepakaran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian menjadi tunjang yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana kekayaan negara.

Tuesday 24 July 2012

Pembudayaan ICT Di Sekolah


Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu diperluaskan.

ICT merupakan akronim atau kata singkatan daripada perkataan Information dan Comunication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi komunikasi terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalurkan dan mengakses maklumat.Telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang bermaksud ‘sangat jauh’.Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah maklumat terebut.
ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.Berdasarkan kepada penjelasan oleh para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh aktiviti manusia.

Pembudayaan ICT di Sekolah

Tujuan pembudayaan ICT di sekolah adalah untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. Ianya merupakan suatu usaha untuk membudayakan pengintegrasian dan penggunaannya secara optima di kalangan warga sekolah.Dalam konteks pendidikan di sekolah, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.
Pelaksanaan ICT di SKPG(1) terletak di bawah penyeliaan Jawatankuasa ICT yang dinaungi oleh Guru Besar dan dikendalikan oleh seorang Guru Penyelaras. Jadual penggunaan makmal komputer disediakan bagi memastikan guru dan murid menggunakan komputer secara berkala. Selain dari makmal, bilik darjah juga dilengkapi dengan LCD, skrin, dan Laptop bagi memudahkan penggunaannya. Bilik guru dan Pusat Sumber Sekolah juga disediakan komputer di samping peralatan yang berkaitan untuk kemudahan guru melaksanakan kerja-kerja mereka. Kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan sekolah semuanya dilakukan dengan beralatkan komputer dan juga internet. Budaya ini diharapkan akan menjadi amalan yang berterusan dan satu kemestian bagi setiap warga sekolah.


PERANCANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH

Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang menggerakkannya, segala-galanya akan menjadi sia-sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunkasi (ICT).Visi, Misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam apa –apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber.Sekolah perlu menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan.Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya.Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan lain – lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah ialah :

5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG

Cadangan Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun)
5.1.1. VISI
a. Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.
b. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan dengan pembangunan ICT semasa.
c. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakatdan negara.

5.1.2. MISI
a.Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman, pembelajaran.
b.Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
Dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam pembudayaan ICT di sekolah semua pihak hendaklah bekerja sama bagi memastikan hasrat ini tercapai, di antara pihak tersebut ialah:
1 .Peranan pihak Kementerian Pelajaran
1. Mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada guru.
2. Mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru .
3. Memberi insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik.
4. Mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P .
2 .Pihak Pentadbir Sekolah.
2.1.Peranan Guru Besar
1. Membentuk budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
2. Membuat dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah
2.2. Penyelaras ICT sekolah
1. Membuat pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti sekolah.
2. Menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak agar alat dan sarana ICT di sekolah dapat mendukung kerjaya guru atau pun kemudahan murid dalam kegiatan sekolah.
2.3. Sikap sebagai pendidik
1. Guru hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam P&P.
2. Berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan akan membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru.
3. Bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan.




Friday 20 July 2012

CIRI-CIRI GURU MINDA KELAS PERTAMA


  1. MENJADI PELAJAR SEUMUR HIDUP (LIFE LONG LEARNER AND ETHICAL AND INTEGRATIVE THINKER)
v Membaca mesti menjadi amalan budaya hidup guru-guru dan prasyarat kepada pemilikan minda kelas pertama
v Guru wajib berminat dengan ilmu pengetahuan kerana ledakan ilmu hari ini pesat. 
  1. KUAT BERUASAHA DAN SANGAT BERKEBOLEHAN (DILIGENT AND CAPABLE PERFORMER)
v Kejayaan ialah 10% usaha dan 90% sikap
v Manifestasi sikap adalah pada amalan
v Guru minda kelas pertama ialah seorang yang:
  • sangat gigih
  • kuat berusaha tanpa jemu
  • tidak mudah putus asa
  • tidak menyalahkan keadaan atau orang
  • tabah dan tegar menghadapi halangan dan rintangan
  • sangat mencintai profesionnya 
v Bagaimana menjadi guru minda kelas pertama:
  • Sentiasa muhasabah diri dan mengkaji diri sendiri
  • Mengamalkan sikap keterbukaan dan telus
  • Tidak cepat membuat kesimpulan dan ‘stereotype’ orang lain
  • Mempunyai kesedaran terhadap pemilikan sendiri (metacognition)
  • Memupuk sikap dan nilai yang betul

  1. MEMPUNYAI KEMAHIRAN SOSIAL DAN EMOSI YANG TINGGI (SOCIALLY AND EMOTIONALLY SKILLED PERSON)
  1. MANUSIA YANG BERMORAL: MENGHORMATI DAN BERTANGGUNGJAWAB (RESPECTFUL AND RESPONSIBLE MORAL AGENT)
v mempunyai akhlak yang tinggi lagi terpuji kerana manusia bermoral dan berakhlak tinggi ialah ukuran sbenar keperibadian manusia.
v Guru harus:
  • berlaku adil terhadap muridnya
  • mengenali setiap murid yang diajarnya dengan mendalam
v Perhubungan antara guru dan murid ialah perhubungan dunia dan akhirat.
  • menjaga maruah / harga diri murid

  1. MEMPUNYAI DISIPLIN DIRI YANG MANTAP DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT (SELF DISCIPLINED PERSON WHO PERSUE A HEALTHY LIFESTYLE)  
v Masyarakat dan murid mahukan guru yang boleh dicontohi dan diteladani.
v Disiplin diri yang mantap merujuk kepada tingkah laku dan tabiat yang baik dan positif yang diamalkan sehingga menjadi guru yang boleh dipercayai, diyakini dan dihormati.
v Antara sifat yang menunjukkan disiplin diri yang mantap ialah:
  • sentiasa  mempamerkan tingkah laku dan gerak-geri yang bersesuaian
  1. SENTIASA MEMBERI SUMBANGAN DAN PERKHIDMATAN DALAM KOMUNITI SERTA MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI WARGANEGARA (CONTRIBUTING COMMUNITY MEMBER AND DEMOCRATIC CITIZEN)
v Guru sering diharapkan dan diyakini sebagai pemimpin.
v Guru yang tidak memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat dianggap sebagai mempunyai minda yang mundur dan semangat yang luntur.
 v Sebagai warganegara, guru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi kerana inilah sumbangan guru kepada negara tumpah darah Malaysia.
v Patuh pada undang-undang. 
  1. MANUSIA SPIRITUAL YANG MENCIPTA KEHIDUPAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN YANG MURNI (SPIRITUAL PERSON ENGAGED IN CRAFTING A LIFE OF NOBLE PURPOSE)
v Guru mesti berpegang teguh pada agama
v Menjaga perkataan dan lidahnya iaitu tidak memfitnah dan mengumpat sebaliknya berkata yang benar
v Bekerja bukan mengharapkan upah dan gaji semata-mata dan tidak bermewah-mewah dalam hidupnya, sebaliknya ingin keredaan dan keberkatan serta kebahagiaan dan keselamatan hingga ke akhirat. 
  1. MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK BELAJAR, MENGUBAH TINGKAH LAKU DAN TABIAT SERTA MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARIPADA ILMU BARU (HAS THE ABILITY TO LEARN, NULEARN AND RELEARN)
v Kesediaan , kesanggupan dan kebolehan untuk berubah pada amalan diri dan profesional  adalah satu “trait” yang sangat penting pada zaman ini.
v Golongan guru sekolah yang paling konservatif dan paling malang menganggap bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna.
v Guru yang baik ialah guru yang mantap dalam disiplin ilmunya, sentiasa mengikut perkembangan terkini dalam dunia dan sanggup berubah sesuai dengan tuntutan professional. 
  1. BERKEBOLEHAN UNTUK MENGADUNKAN DAN MENCAMPURKAN PENGETAHUAN TRADISI SERTA PENGETAHUAN KONTEMPORARI (ABLE TO COMBINE TRADITIONAL AND CONTEMPORARY KNOWLEDGE)
v Sumber ilmu zaman ini puncanya pelbagai.
v Kemungkinan pelajar  adalah lebih pandai daripada guru.
v Guru minda kelas pertama menjadi jambatan yang menghubungkan ilmu pengetahuan dengan tindakan manusia. Maka tugas guru ialah membimbing dan membantu murid menggunakan  ilmu dan kemahiran mereka dalam membuat keputusan yang wajar dan bijak dalam kehidupan. Guru membantu murid menghubungkan yang dahulu dan yang sekarang  dengan yang akan dating agar murid mempunyai perspektif yang betul terhadap persoalan-persoalan kehidupan.  
  1. MENYEMAI BENIH-BENIH KEINSAFAN DAN KEMANUSIAAN KE DALAM HATI SANUBARI MURID (PLANT THE SEEDS OF HUMANITY IN THE STUDENTS’ HEARTS)
v Guru ialah manusia signifikan dan utama dalam kehidupan muridnya yang berpengaruh dalam mencorakkan kelakuan, tabiat, pemikiran serta kehidupan mereka ke arah yang benar-benar .
v Sifat-sifat keinsanan (rasa keinsafan, perhubungan interpersonal, harga diri, kebebasan) membantu manusia berfungsi dengan baik dan bijaksana dalam kehidupan.
v Guru perlu menyemai dan memupuk sifat-sifat ini melalui perhubungan dan interaksi dengan muridnya kerana ‘Virtues are caught  not tought!’ 
  1. BERTINDAK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN YANG DINAMIK DAN FASILITATOR ILMU (ACTING AS AN AGENT OF DYNAMIC CHANGE AND FACILITATOR OF KNOWLEDGE)
v Pendidik yang dianggap ejen perubahan dalam masyarakat untuk mengubah masyarakat  mesti mengubah cara berfikir dahulu kerana membawa perubahan dalam masyarakat amat sukar dilakukan.
v Guru sebagai ejen perubahan mesti menyebar ilmu yang benar dan sesuai serta menilai yang karut, sesat dan tidak sesuai.  
  1. MEMBANTU MURID MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN-PERSOALAN
KEHIDUPAN YANG KOMPLEKS (HELP STUDENTS FIND ANSWER TO COMPLEX
QUESTIONS)
v Zaman ini, kehidupan menjadi semakin kompleks dan sesak. Manusia menjadi mewah dari segi fizikal, mudah dari segi prasarana kehidupan, namun pada masa yang sama menghadapi kemelut yang parah kerana cenderung memenuhi hawa nafsu semata-mata.
v Peranan guru ialah membantu murid menghadapi dan mencari jawapan kepada persoalan kehidupan yang kompleks dan bercelaru.

Sunday 8 July 2012

FPG


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) :
PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION PERGURUAN
“Seseorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru.
Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya  untuk menghasilkan karya seni yang agung. Seorang guru bagaikan akitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentasi zaman. Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. (Pullias & Young 1968)
Guru sebagai agen sosialisai dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar  di sekolah-sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan.
                                            
                                               FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
GURU YANG BERKEPERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN.
Komponen Pendidikan Guru
i.  Ilmu/Pengetahuan
Terdapat 7 jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan.
        .  Pengetahuan tentang pedagogi umum
        .  Pengetahuan tentang kandungan subjek
        .  Pengetahuan tentang kandungan pedagogi kandungan subjek
        .  Pengetahuan tentang kurikulum
        .  Pengetahuan tentang pelajar
        .  Pengetahuan tentang konteks pendidikan
        .  Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan     

ii. Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran .Mempunyai kemahiran-kemahiran :
      . Interpersonal    
      . Intrapersonal
      . Komunikasi
      . Teknologi
      . Kemahiran Profesional
                 . Pengurusan masa
                 . Pengurusan kelas

iii. Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, motivatif, proaktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.