Sunday 8 July 2012

FPG


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) :
PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION PERGURUAN
“Seseorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru.
Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya  untuk menghasilkan karya seni yang agung. Seorang guru bagaikan akitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentasi zaman. Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. (Pullias & Young 1968)
Guru sebagai agen sosialisai dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar  di sekolah-sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan.
                                            
                                               FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
GURU YANG BERKEPERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN.
Komponen Pendidikan Guru
i.  Ilmu/Pengetahuan
Terdapat 7 jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan.
        .  Pengetahuan tentang pedagogi umum
        .  Pengetahuan tentang kandungan subjek
        .  Pengetahuan tentang kandungan pedagogi kandungan subjek
        .  Pengetahuan tentang kurikulum
        .  Pengetahuan tentang pelajar
        .  Pengetahuan tentang konteks pendidikan
        .  Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan     

ii. Kemahiran
Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran .Mempunyai kemahiran-kemahiran :
      . Interpersonal    
      . Intrapersonal
      . Komunikasi
      . Teknologi
      . Kemahiran Profesional
                 . Pengurusan masa
                 . Pengurusan kelas

iii. Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, motivatif, proaktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.

No comments:

Post a Comment